UNIT 5



PENGURUSAN DAN JATI DIRI


Pengenalan :

Pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses yang melibatkan perancangan, penyusunan, pengarahan dan juga kawalan. Di peringkat perancangan, perkara-perkara yang dikaji adalah mengenai penetapan matlamat dan objektif serta pembentukan strategi dan dasar. Di peringkat penyusunan, ia melibatkan aktiviti menstruktur hierarki pengurusan dan fungsi, penyelarasan peraturan dan tatacara bekerja. Di peringkat pengarahan, ia merangkumi aspek kepimpinan dan motivasi bagi memastikan kecekapan dan kelancaran organisasi. Di peringkat kawalan, ia memerlukan pengawasan perlaksanaan ketiga-tiga proses di atas iaitu perancangan, penyusunan dan pengarahan.



Manakala konsep kendiri adalah semua persepsi anda terhadap diri anda sendiri, dari segi kebolehan, kesukaan, personaliti, kemahiran dan lain-lain lagi tentang anda. Apabila maklumat yang anda terima bertentangan dengan konsep kendiri anda, anda mungkin menjadi cemas dan bimbang atau tidak dapat menerima maklumat tersebut. Sekiranya anda mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi, anda merupakan pelajar yang berminat dan bermotivasi untuk belajar serta mempunyai matlamat kerjaya untuk masa hadapan. Anda juga perlu melihat diri anda sebagai orang yang berkebolehan dan mahukan kepuasan dalam membuat keputusan kerjaya.

Nota...dapatkan muat turun di sini : Nota : Unit 5

No comments:

Post a Comment